Friday, December 24, 2010

Pecutian ke Beijing, China...P7


member yg g cuti2 ke beijing...pic ni seblm g hongkong ..flight dr klia..:D


kul 3 pagi bangun bersiap ke airport..muka penat ni and pening2..ehehe..flight kul 8 pagi ..tapi kena g awal sebb airport ni sgt sibuk sebb ramai pelancong yg balik awl pagi ni ..

subbahanallah...mmg cantik pergunungan china ni kan ...ada puncak gunung yg dah bersalji...


cantik kan ..mcm berada d luar bumi ...ermmm..mmg cantik..
byk sgt pengalaman yg dapat semasa percutian ini ..kalau tidak tahan sejuk jgn la g bercuti semasa musim sejuk..lebih baik bercuti semasa musim bunga...sebb cantik pemandangan masa musim tu ..tapi nak juga rasa kan mcm mana musim sejuk negara 4 musim kan ..alhamdulillah ..

Pecutian ke Beijing, China...P6


hari last masa kami dperuntukan utk shopping...ermm..mmg best la..kalau nak bercuti di ingatkan jgn bawa baju byk sgt sebb kalau dah shopping mmg tidak ingat dunia..ehehe..datang beijing satu beg ..balik dr beijing,, beg boleh bertambah jadi dua..ehe..barang2nya mmg murah..dan kebykkan brg kat china ni mmg ada kat malaysia..tapi di sini lebih murah dan yg paling best semasa tawar menawar dgn jurujual..drg ni akan letak harga yg sgt tinggi dan tawarlah hingga 80%..( tapi kena tahan hati la..:-).."looker.... looker... begger.. begger.."..ayat yg sering kedengaran semasa melalui lorong2 kedia kat market d china ni ..jgn hairan kalau tangan kita di tarik dgn kasar utk masuk ke dalam kedai drg ni ..mmg ganas..so jgn terkejut k..

alhamdulillah dapat melihat kehidupan masyarakat muslim d china..solat kat masjid nuijie yang telah wujud sejak 1000 tahun lamanya...mmg sgt kagum...menurut lina sebyk 60% kawasan masjid ini ada masyarakt org islam ..tapi jgn hairan tak nampak sgt yg mengunakan tudung...tapi byk kedai muslim kat kawasan ni ..


kami d bawa ke tempat membeli belah yg murah d china..terutamanya utk pelancong..boleh tawar2 k..bila tgk mutiara besar ni..mmg byk org mnjual mutiara sama mcm d pasar filipin , sabah. lina kata pemaisuri china telah menggunakan mutiara ini utk awet muda,,pemaisuri ini akan makan serbuk mutiara pada setiap ari..dan diceritakan juga pemaisuri tu mangkat pun dsebabkan oleh mutiara..

gambar kenangan d hadapan restoran yg sering menimbulkan kemarahan lina...setiap kali makan mesti ada ketidasenangan hati dgn cr layanan pelayan restoran d china ni ..kasar dan tidak mesra alam...mungkin sudah budaya drg mcm tu...jadi jgn hairan kalau dapat pinggan yg ada pecah2 k..sebb budaya kita kalau minum atau makan d pinggan atau gelas yg ada pecah2 tidak berapa elok..so layannnn je la...:D

Pecutian ke Beijing, China...P5


sempat ambil gambar transparent 'Water Cube' Aquatic Centre ..cantik kan..bangunan kat beijing ni sgt futuristik..mmg mgkagumkan

bird nest...stadium sangkar burung...cuaca tidak elok sgt sebb jerebu..pencemaran teruk sgt d beijing ni ..so pemandangan tidak beapa ok sgt



g tgk tempat permaisuri china yang paling lama memerintah iaitu lebih kurang selama 50 tahun ...diceritakan ..pemaisuri ni duluseorg gundik..memandangkan dia ni pandai menyanyi dan cantik so sultan pun terpikat la ..rezekinya lagi ..dia melahirkan anak lelaki...anak lelaki dia ni la yg paling muda memerintah negara china..semasa umurnya kalau tidak silap 10 tahun ...semasa pemerintahan sultan kecil ni ..pemaisuri yg menjd org belakang utk memerintah negara china..summer palace ni telah d bina oleh pemaisuri tersebut...sgt luas ...lebih luas dr istana larangan...terdapat tasik yg sgt luas..semasa kami g tmpt ni ..air tasik ni membeku...kalau g bulan januari boleh la berjalan d atas tasik tersebut..


g tgk panda..terdapat 5 ekor panda yg d gunakan utk sukan olyampic aritu...kalau nak g zoo panda ..jgn g time dia nak makan..sebb lepas makan knfm dia akan g tidur...mmg comel panda ni ..

Pecutian ke Beijing, China...P4


g minum teh china plak...mcm2 jenis teh cina....cara minum pun pelik2 dan lucu2..org cina kalau minum teh tidak boleh minum byk2...sikit2 je..kalau minum byk2 drg ckp mcm lembu minum air...so kalau minum teh jgn byk2 ya..ehehe


akhirnya dapat juga menjejakkan kaki d tembok besar ni kan..penat tapi seronok...tembok ini menjalar dr timur ke barat negara china..ermmmm..kata pemandu pelncong kami ..kalau naik dua kali tembok ni dia kata org gila...eheh..tapi ok jak pun kalau nak naik byk kali ..maybe dia kot ndak larat mau naik sudah ..ehehhe

sampai kan membeku air ni kan ..bulan disember mmg dah masuk musim sejuk...mmg sejuk..semua tasik, longkang, kolam membeku ...tapi salji tak turun masa kami kat sana..emrm..berangan nak main salji..ehehe...

wlpun kamera tidak canggih tapi dapat juga merakam pemandangan yg indah ni kan..ni bukan masalah kamera sy ..tapi mmg mcm tu la bentuk muka bumi negara china ni ..berbukit2 bergunung ganang...cantikkan ..berbalam2 bentuk bukit tu ...

g tembok besar china..antara 7 benda ajaib di dunia...sbnrnya byk tempat utk naik tembok besar ni ...maybe tempat yg kami g ni tempat yg kurang org ...tapi sama jak dgn tmpt lain pun..tembok ni panjangnya sejauh 6600 meter..di bina selama 600 thn lamanya...mmg sgt mgkagumkan semangat org dulu2 membina tembok ini..

Pecutian ke Beijing, China...P3


selepas bermain ski bermlm kat resort berdekatan dgn kawasan ski resort ni ..walapun ski resort yg sederhana tapi dapat juga merasa main ski...wlpun sejuk try juga main ski ni ...apa yg penting enjoy wlpun tak tahan sejuk ..eheh..ada yg main sampai jatuh2...boleh buat sakit badan..tapi mmg seronok..

ski resort ni berdekatan dgn tembok besar..so bermlm dulu kat resort dan esok nya g mendaki plak..mmg best dan penat...



wlpun tidak suka pakai jade tapi teruja juga bila dah tgk byk sgt jade depan mata..beli la sikit buat kenang-kenangan dan cendramata...

g kedai jade..org cina lebih suka pakai jade dr pakai emas..jade ini utk kesihatan katanya...antara byk2 jade.jade hijau yg lebih ok dr jade yg lain...jade akan bertukar warna mngikut tahap kesihatan kita..kalau jade dah bertukar jadi warna hitam maksudnya byk toksin dlm badan so jade tersebut boleh la d buang ..

Pecutian ke Beijing, China...P2


Acrobatic Show...mmg buat org kagum tgk persembahan drg ni ..yg paling best adalah yg last sekali..keselruhan ok la..rupanya ada lagi yg best ..kalau tahu boleh request g tempat tu cthnya tempat chines kunfu..

forbidden city ni sgt luas..(istana larangan..)..kalau nak g semua tempat mmg penat..so kami g tempat2 yg tertentu jak..bangunannya lebih2 kurang je...so gambar ni di ambil hanya sebahagian dr istana larangan ni ..mmg mgkagumkan.:D

unik...sebb tu ambil gambar dgn budak2 ni ..comel2...drg ni pun melancong gak ..dr negeri sebelah selatan china...bergambar dekat tiananmen square.

jgn terkejut kalau makan makanan d china ni...sebb pedas2 dan berminyak..mungkin drg nak sediakan utk org malaysia mcm tu kot..cili kering yg di gunakan bukan alang2 k..mcm lauk dah jadinya cili kering tu ..tapi mmg sedap gak makanannya..setiap kali hidangan mmg byk lauk disediakan ...so jgn terkejut....sebb lauknya kekdg tidak dihantar sekali harung..drg serve sikit2..so mmg membazir...sebb terlalu byk lauk..air yg disediakan pun terhad..ermmmm....lauk utama mesti ada telur, batang sawi, dan mcm2 la...

penginapan kami sepanjang berada d sana..not bad la...tapi byk juga masalah teknikalnya...tapi ok la utk merehatkan badan..sebb tak duk lama2 pun d hotel sebb lebih byk berjalan ..g melancong kan ...so berjalan jak la..ehehhe

Pecutian ke Beijing, China...P1


nama dia lina ( nama melayunya ..katanya la)..pemandu pelancung kami...tiba d beijing dlm kul lebih kurang 11 mlm la..


transit hongkong..tukar flight ke beijing plak..best juga..dapat la jejak kaki d hongkong ..wlpun sekejap jak...dr kl 3 jam lebih ke hongkong dan 3 jam gak ke beijing ( lebih kurang la)..lupa sudah ..eheheh..

subahannallah cantik kan matahari tu ..pemandangan waktu magrib d hongkong..

17-23 Dis 2010....kl-hongkong ( cathay pacipic)- beijing ( dragon air)..bertolak dr klia kul 1.30 ptg

Monday, December 13, 2010

10 hari di sulawesi...


adik beradik mak sy ...comel2..:D


bakar ikan baulu di tepi empang... ..punya best...:D


lasusua , kolaka utara...byk sgt dugaan bila kita bermusafir mcm ni sebnrnya...lebih2 lagi bila budaya yg berbeza wlpun satu suku bangsa...mentaliti manusia setiap tempat sgt berbeza mngikut suasana perkembangan di sekitaran masing2...oleh sebb itu lebih baik byk diam dan lihat apa yg berlaku dan membuat penilaian sendiri ...jika tidak ..ini boleh myebbkan byk perkara yg tidak enak utk di dengar akan berlaku ( wlpun telah berlaku ..tapi biarla ia mnjadi pedoman utk diri ini utk mnjdi panduan masa akan datang)...




aku , aras dan kak hjh norma bertolak dr koroha ke kolaka pada 1hb dec 2010..perjalanan selama 5 jam ...sebb perkiraanya kalau dr koroha ke lasusua 1jam30 minit tapi kalau dari lasusua ke kolaka selama 3jam 30 minit..anggaranya mcm tu la...tapi kalau jalannya tidak teruk sgt maybe lagi cepat sampai dan memnadngkan muka bumi sul tenggara ni agak berbukit2 so perjalanan jadi semakin lambat ...di kolaka dapat berjumpa dgn sepupu sekali dr mak ..bapa rika, adi , alle, abg naming ..ermm seronok dapat berjumpa dgn kamu semua ...

Saturday, December 11, 2010



perjalanan d teruskan ke seberang laut dr pekan siwa ke jeti tebaku sulter dgn menaiki feri ( 35 ribu rp) selama 3 jam ...mmg seronok ..tapi capek buk..setibanya d jeti langsung ke koroha...tempat family mak n arwah bapa...
mak aji intan n pak aji dullah



bertolak dr ujung padang jam 7mlm tiba d keppe jam 11mlm..punya jauh ..penat gila..tapi rasa seronok melebihi rasa penat ..ok la kan mcm tu ..ehehe..keluarga mak aji iya di keppe...

percutian d makasar...ermm best




29hb november 2010 ..alhamdulillah ..bertolak dr LCCT ke LPSH Makasar..di jemput oleh mak aji iya dr keppe..ermm..udah 16 thn tidak ketemu..eheh..last sekali balik thn 1994...kecil lgi masa tu ..ermmm

Friday, December 10, 2010

Monday, November 22, 2010

sukar utk menerima...

kekdg pemberian seseorg itu sgt sukar utk diterima...

sesi temuduga..(",)

harap2 pelajar yang berkeinginan masuk d smesh ni betul2 ingin menjadi pelajar d sini ...semoga pelajar2 ini dapat diterima masuk terutamanya mereka mempunyai latarbelakang yang kurang berkemampuan .tapiiiii...hakikatnya .Allah jua yang Maha mengetahui ...ermmmm

Saturday, November 20, 2010

semoga berjaya ..pelajar SPM 2010

kepada pelajar SMESH 2010 yang akan menduduki exam SPM esok semoga semuanya berjaya dengan cemerlang dan terbilang ..diharap semua dapat membuat yang terbaik ..insyallah ..amiiiinnnnnnn..:)

dinner guru2 smesh 2010..(",)

akhirnya tahun ini aku dapat mengikuti dinner guru ..mcm la lama sgt tak ikut ..setahun la juga..tapi ok ada dr tiada..mmg simple...mcm best kan ..ehehehe

Rindu


Kini usia meniti senja

Diri rasa

kian

teruja

Syukur famili tempat bermanja

Rasa kasih bagai

dibaja



Mencari cinta sekian

lama

Cinta tulus belum menjelma

Demikian takdir harus

kuterima

Belajar sabar, Allah diutama



Allah

tempat diri munajat

Ar-Rahman Ar Rahim Dia bersifat

PadaNya

cinta lebih tepat

Cuba disemai menjadi mampat



Atas

sejadah

kusemai cinta

Menyulam rindu Sang Pencipta

Taubat, Tahajud

berendam airmata

Hanya Allah tempat meminta



Cinta pada

Allah

Rindu pada Rasullulah

Hidup dalam rahmah

Rasa kasih kian

bertambah

Tuesday, February 23, 2010

selamat menyambut maulidur Rasul



Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal



Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...