Saturday, December 26, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH 1431...azam baru ...ermm..apa yg pasti buat yg terbaik utk thn baru ni ...kuatkan semangat utk menempuhi segala cabaran dan dugaan ...kekdg kita tak mampu hadapi cubaan tapi yg paling penting ingat Allah dan sentiasa berzikir

Tuesday, November 24, 2009

program kem robotik kebangsaan zon sabah, sarawak , labuan

kem anjuran KPM..di airport view, kk je...tk sama dengan WRO...ermmm..mcm best...thn depan la plak...ermm..byk keje tu sabar je la yer.....pendedahan kepada fll ( first lego league)...

makanan pelik2....



bagi org korea makanan ni la yg paling best ..kalau tidak ada kimchi tidak lengkap la menu makanan pada masa itu ...

Monday, November 23, 2009

pohang , korea selatan ...:)



pertandingan world robotik olympiad 2009 di pohang , korea selatan .... lagi selatan dr seoul ...jauh beb...bawa budak semsh utk pertandingan robotik ni ...ok la dapat tgk negara org walaupun jauh ..tapi best ..naik kapal terbang dah 7 jam ..pas tu naik bus lagi 7 jam dr airport inchon ( di pulau ) ...nak g seoul dr inchon kami naik bus lalu jambatan ( inchon bridge) antara 7 terpanjang d dunia...mmg panjangggggggg...:)
...


pasukan smesh dgn trainner yg mantap terence...apa pun thn depan usaha lagi ..jumpa di wro 2010 di Filipina..

Saturday, October 24, 2009

penambahan ilmu

tema : kursus peningkatan profesionalisme warden SBP zon SQL
tarikh : 24-26 Oktober 2009
tempat : Borneo Paradise Resort
aktviti pengisian yang sgt penting yang mana semua warden kena diberi pendedahan tentang tugas2 warden ....sesunggunya tugas seorg warden memerlukan pengorbanan dari segi masa,perasaan dan komitmen ...chayokkk..mmg tension tapi byk kan bersabar k...selamat berkursus

Monday, October 5, 2009

SMESH menang lagi ...alhamdulillah


hadiah tempat pertama ..ini untuk kategori robot planting

Pasukan Robotik SMESH ke Pusat Sains NEgara pada 1-2 oktober 2009

Pasukan robotik SMESH telah berjaya untuk kali ke -3 mewakili Sabah ke pertandingan robotik peringkat kebangsaan di pusat sains negara...walapun terdapat byk halangan semasa pertandingan tetapi tidak mematahkan semangat pasukan smesh untuk mengekalkan kejuaraan .. robotik smesh telah 3 kali berturut2 mewakili negara ke pertandingan world robotic competition ( WRC)..pada tahun ini WRC akan di adakan di Pohang, Korea...pada 6-8 november 2009...doakan kejayaan kami demi meharumkan nama negara ke persada dunia.....


ambil kesempatan bergambar ..:)

hari raya di kampung ..


bergaya sungguh dgn baju baru di hari raya

berhari raya bersama kuarga mmg best ..rindunya nak balik kg ..

Friday, September 18, 2009

selamat menyambut hari raya aidilfitri..



..terasa sekejap jak masa berlalu ...insyallah tinggal sehari ni jak kita berpuasa...terasa tidak puas berada di dalam bulan yg penuh keberkatan ini...
muhasabah diri ini..sebyk mana amalan yg kita lakukan di bulan ramadhan kali ni...dgn penuh harap moga2 semua amalan di terima dan mendapat keredhaan dr Allah swt...amin ...

beraya beraya juga k...adab2 kena la ada kan ...betul tak ...

Adab - adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri
1. Menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan amal ibadah.

2. Mandi sunat hari raya.

3. Memakai bau-bauan harum.

4. Memakai pakaian yang paling baik.

5. Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid.

6. Menunaikan zakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya.

7. Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawadhuk.

8. Bertakbir semasa berjalan ke masjid.

9. Mengucapkan tahniah bila berjumpa saudara-saudara muslim.

10. Menggelakkan pembaziran.

11. Menjauhi segala perbuatan maksiat dan sia-sia.

Monday, August 31, 2009

MERDEKA!!!!


salam merdeka...hayati merdeka di bulan ramadhan yg penuh keberkatan ...

Friday, August 28, 2009

salam ramadhan ya marhabban


selamat menyambut ramadhan...alhamdulilla..lain perasaan semasa bulan ramadhan ni kan ..buat amal ibadah pun rasa best kan ....ari ni dah masuk 8hari sudah kita di bulan ramadhan kan ..tidak terasa dah seminggu berpuasa kan ...semoga kita dapat berebut2 membuat amal di bulan yg mulia ini ..sesungguhnya Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.

Wednesday, August 12, 2009

KETENANGAN JIWA




BAGAIMANA MENCARI KETENANGAN JIWA


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah


HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

(Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :

“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.

(Surah Yunus: 6)


Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.

(Hadis riwayat Muslim )

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.

(Surah Al-Zumar: 23)


FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.

(Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :

“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.

(Surah Al-Hajj: 35)


Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.

(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

keje yg tidak pena habis..:)


salam ...keje mmg tak akan habis ..setiap hari ada sahaj kerja baru yg kita kena buat ..betul kan .kan .kan ...kekdg kita rasa mcm dah rancang yg terbaik dan mengikut masa yg telah ditetapkan ..namun Allah jua Maha Merancang dan Maha Mengetahui..apa yg berlaku semua telah termaktub ..:)..apa yg penting buat keje IKHLAS KERANA ALLAH ...hidup mesti epy2..supaya tak tension ..:))

Sunday, August 9, 2009

minggu exam utk trial SPM 09

salam ....dah trial SPM ..cepatnya masa berlalu ...hope all my student dpt jawab dgn cemerlang dlm exam ni ..

Friday, July 31, 2009

seminggu yang membawa suatu erti kehidupan

semua bala turunya dr Allah jua..utk meyedarkan umatnya yg sentiasa leka dgn keseronokan duniawi..namun hakikat itu jarang kita sedari ...bagi kita yg tahu insaflah diri ...walaupun tempoh kuarantin dah tamat namun masih terdapat yg sakit ...hakikatnya tu semua sekadar utk melaksanakan suatu birokrasi ciptaan manusia..namun hanya Allah jua yg maha Mengetahui ....kekdg tak faham namum sapa la kita yg tidak punya apa ini utk berkata2..

Tuesday, July 28, 2009

cuti seminggu yang memboringkan ...:)

salam ...seminggu cuti tapi duk sekolah gak ...budak2 semua keboringan tahap ssss...( istilah budak SMESH kalau tahap yang melampau2)...apa tidak nya duk sekolah jak ..pas tu kena pakai topeng ( kena pakai gak utk prevent dr infection HINI )...sib baik ada DVD dan astro boleh juga mengisi masa lapang untk menghilangkan boring ..:)smesh plak tidak besar mana kawasannya..so boring la...aku ni plak mau kuar kk rasa mcm malas ( dlm hati mmg mau kuar jak ..biarla p mana2 pun ..janji kuar dr sekolah )...takut2 aku plak yg membawa virus tu ..ermmm..so duk jak la jaga budak2...epy2 ...:)..hidup mesti epy....yg bestnya ari2 round asrama cari kerja pa yg patut di buat ..ok juga mcm tu kan

Thursday, July 23, 2009

doa mengindari penyakit yang menular

H1N1


Influenza A(H1N1) virus is a subtype of influenzavirus A and the most common cause of influenza (flu) in humans. Some strains of H1N1 are endemic in humans and cause a small fraction of all influenza-like illness and a large fraction of all seasonal influenza. H1N1 strains caused roughly half of all human flu infections in 2006.[1] Other strains of H1N1 are endemic in pigs (swine influenza) and in birds (avian influenza).

In June 2009, World Health Organization declared that flu due to a new strain of swine-origin H1N1 was responsible for the 2009 flu pandemic. This strain is commonly called "swine flu" by the public media.
From Wikipedia, the free encyclopedia

Sunday, July 19, 2009

Suami Soleh idaman isteri solehah




1. Mentaati Allah s.w.t dan RasulNya dengan mengerjakan segala perintahNya
2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah swt
3. Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin
4. Menjaga hati dan perasaan isteri
5. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri
6. Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri dan memudarat dirinya
7. Hendaklah menjauhkan diri dari mengeji atau memburukkan isteri di hadapan orang lain dan tidak memuji wanita lain di hadapannya
8. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya
9. Mengelakkan diri dari terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin keluarga
10. Memberi naskah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya
11. Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak
12. Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan Islam
13. Sentiasa mengambil berat keselamatan isteri dan anak-anak.
14. Memberi kasih sayang dan sanggup berkorban apa saja demi kepentingan dan kebahagiaan bersama.

semoga berbahagia sabahatku ..pn norcahaya :)


..semoga berbahagia disamping suami yg tercinta ..

Friday, July 17, 2009

muhasabah diri


kehidupan ini sgt singkat ...kekdg kita terleka dgn keindahan dunia..kenikmatan yg di sangka selamanya sebnrnya hanya sementara..dunia yg abadi adalah di akhirat jua...

”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, June 17, 2009

Makna Bacaan Dalam Solat

Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari........ ........ untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .




Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Tuesday, June 16, 2009

salam ...kekdg kan as rasa lebih baik penat sebb tanam pokok pisang 300 pokok daripada penat menghadapi karenah birokrasi kan..kan..

Sunday, June 14, 2009

WELOCME BACK TO SCHOOL..:)



salam...selamat kembali ke sekolah ...mulakan azam baru di semester yg baru ,...lupa kan kisah yg lama ..jadi kan panduan dan pengalaman hidup untuk lebih maju kehadapan dan mencapai kejayaan yang di impikan ..bermadah2 pulak ...best nya dapat menulis di blog semula ..cuti 2 weeks ...cuti gak blog aku ni ...ermm..apa cerita time cuti yer..ermm byk nak di kongsi bersama ..tapi nak mula kan ...mcm malas la plak ..nanti la k..:)

Thursday, May 28, 2009

dapat award la plak ...bestnya


baru dua hari di edit ..dah dapat award..ekekkeke..thanks geng..

cuti-cuti...balik kampung ...


yang pasti balik kg kita enjoy!!!!!!...jumpa geng dragon aljundi ...terkenang aku di masa dulu di kolej chermai nogori sembilan ...

Hiduplah dengan cara yang mulia dan
tewaslah sebagai pahlawan agama
dan bangsa.Orang yang mempunyai
martabat yang paling tinggi adalah orang
yang memikirkan dan merasakan sesuatu
dengan sebaik-baiknya, serta dengan cara
yang paling sopan dan bertindak dengan
cara yang paling baik.

Apabila dalam kehidupan manusia mengeluh,
hampir pasti penyebabnya adalah kerana
mereka mengharapkan hal-hal yang mustahil
dalam kehidupan.Seluruh kehidupan kita tidak
lebih hanyalah laksana sebuah kamar yang
kita gambarkan cat air diatasnya dinding kapur
yang masih basah. Ia tidak akan kelihatan
selagi belum kering. Namun sesudah selesai
dan kering, ia nampak nyata dan cemerlang.

Wednesday, May 27, 2009

ari ni last exam ..:)


salam ukhuwah fillah
ari ni last exam budak2 ... so petang ni drg akan kemas2 barang utk balik kg ...gumbira tahap s..(:..esok ada gotong royong perdana kat sekolah ...pindah asrama ..dari aspuri ke aspura..aduh mesti penat kan ...tapi tidak apa la ...yang menurut perintah ..eheheh..

Tuesday, May 26, 2009

Antara penjelasan mengapa tiada jodoh



Antara penjelasan mengapa tiada jodoh
Dilulus terbit pada Monday, February 12 @ 18:55:52 MYT oleh Din-Cryptos

Pendapat Oleh emjay

"Assalamualaikum wbt sekelian muslimin

Setengah orang mendapat jodoh pada usia 16 tahun dan setengah yang lain hanya dapat jodoh pada usia 40an dan setengah mereka pula mati sebagai anak dara / teruna.

Adakah Allah mempunyai sifat pilih kasih dengan hanya memberikan jodoh kepada orang tertentu sahaja?? Persoalan seperti ini boleh merosak akidah seseorang.

Kalau merujuk surah Assyura ayat 30, setiap musibah dari Allah adalah kerana dosa manusia. Saya redha dan mengakui bahawa segala musibah yang menimpa saya selama ini adalah disebabkan kesilapan saya belaka.
Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan.

Ramai orang telah ditutup hatinya oleh syaitan dari mengenali / muhasabah kesilapan mereka. Bila mereka gagal mengenalpasti kesilapan ini, hiduplah mereka terus menerus tanpa rahmat Allah yang satu ini.

Antara dosa perempuan atau lelaki yang menyebabkan rahmat kahwin ditolak oleh Allah ialah:

1. Pernah berusaha melalui bomoh melalui mandi bunga, memakai susuk dsb agar dicepatkan jodoh mereka. Dosa ini sangat besar kerana mensyirikkan Allah.

2. Mengamalkan ilmu sesat dari "ustaz" atau orang pandai yang sebenarnya seorang bomoh sesat seperti ilmu membaca mentera bila keluar rumah, ilmu kunci tubuh bagi wanita dsb. Ilmu ini mengundang pertolongan dari syaitan seperti mudah mesra dengan semua orang dsb tetapi orang ini tidak sedar akan janji iblis yang membantunya dan antara janji tersebut ialah orang ini akan dipastikan tidak kahwin sampai mati.

3. Berkata sombong seperti seorang rakan saya "aku kalau nak kahwin, aku petik aja jari, 10 orang datang nak kahwin dengan aku". Sombong adalah milik Allah sahaja (Al Mutakabbir) dan dilarang manusia mengamalkan sifat ini. Kita pastinya melayakkan pelbagai azab Allah sekiranya mengamalkan sifat sombong ini.

4. Terlalu memilih Mr Right / Ms Right dengan sewenang-wenang menolak pilihan yang ditentukan Allah. Kebanyakan orang yang tidak berkahwin ini sebenarnya pernah dilamar oleh seseorang tetapi terus menolak mentah-mentah tanpa merujuk kepada Allah seperti melalui sembahyang istikhorah atas alasan seperti tidak sama taraf dsb. Allah sudah menetapkan dalam Al Quran bahawa perempuan baik dijodohkan dengan lelaki baik dan sebaliknya. Kalau perempuan macam Erra Fazira, janganlah berangan untuk mendapat jodoh suami macam Nabi Muhamad.

5. Rosak akidah mereka dengan menolak hukum Allah seperti poligami, hudud dsbnya. Setengahnya sanggup bercakap seperti "aku sanggup jadi anak dara tua sampai mati dari menjadi isteri kedua". Membenci mana-mana hukum Allah sudah cukup melayakkan diri untuk menjadi Kafir. Dosa ini adalah dosa paling besar dalam Islam dan inilah antara punca azab musibah yang Allah turunkan seperti musibah tidak dapat jodoh.

6. Putus asa dan mengeluh. Mengeluh bukan ciri orang Islam. Terus menerus mengeluh akan terus menerus mengundang azab Allah. Putus asa seperti berkata "biarlah aku menjadi anak dara tua sampai mati" akan mengundang musibah yang berat dari Allah iaitu kekal tidak berkahwin. Allah membahasakan orang yang putus asa ini agar mencari tali untuk menggantung diri sampai mati (bunuh diri)

7. Banyak berbuat dosa mengundang pelbagai musibah dari Allah. Ada manusia yang malas sembahyang dan ada juga yang gemar berbuat maksiat pastinya mengundang azab musibah dari Allah. Apatah lagi kalau dosa berzina.

8.Tidak mahu mendalami ilmu agama juga adalah satu dosa kerana belajar agama adalah wajib untuk semua orang. Tidak melakukannya mengundang dosa yang kelak mengundang pelbagai musibah azab dari Allah.

Allah tidak pernah pilih kasih dengan memberikan jodoh hanya kepada sebahagian orang sahaja. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri. Kezaliman inilah yang mengundang musibah azab dari Allah dan tidak dapat jodoh adalah antara pelbagai musibah azab dari Allah SWT.

Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH.

sambutan hari guru di promenade...kk

sambutan hari guru 16 mei 2009

selamat hari guru ...GURU PEMANGKIN NEGARA BANGSA...semoga menjadi seorg guru yg berdedikasi dan berkerja kerana Allah ...cari la keredhan Allah bukan mencari keredhaan manusia..semoga kita dapat berkerja dengan bersungguh2 demi mendidikan anak bangsa menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat ...walaupun byk dugaan dan rintangan menghadapi karenah anak2 murid zaman sekrg ,,jangan jemu utk terus mencurahkan segala ilmu yg ada.....:)

pertandingan bola baling peringkat MSSD pada 17 april 2009



kejap bawa budak bola keranjang pas tu bawa budak bola baling plak ..gipang juga ...saje myibuk kan diri ..tapi as ni mmg urus pasukan bola baling pun ...pasukan basketball tu saje2 jak ,..tapi ok la tu kan ..kekekeke..budak2 ni main d politeknik..best juga ..walaupun tidak menang tapi ..bestla yg penting..:)

HKSBP kat labuan pada 27 mac 2009



bawa budak kat labuan ari tu ..baru nak letak selitkan kat blog ni ..saje nak kongsi kisah kat kawan2...as bawa budak g pertandingan bola keranjang ,.best juga jalan2 ni ..tapi penat gak ...apa yg paling best masa kat labuan ni ..budak2 dapat wakil zon SQL ( Sabah , labuan , sarawak ) di HKSBP peringkat kebangsaan ...cayooo'x2/..hope korang berjaya di cyberjaya nanti k...

"Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik dikalangan kamu kepada keluarganya dan akulah yang terbaik dikalangan kamu kepada keluargaku."
(HR. Al-Tirmizi)




"Sekiranya seorang wanita itu solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga kemaluanya dan mentaati suaminya, dia akan memasuki syurga dari mana pintunya yang dia suka".
(HR. Ibnu Hibban)

cuti2 malaysia


salam ..lama dah tak mencoret2 dalam blog ni ..kekdg tak ingat ada blog peribadi ni ..lucu ...ermm ari ni ada sikit kerajinan nan mencoret2 dalam blog ni ...next week cuti ..bestnya..balik kg ...rehatkan minda setelah berbulan2 berkeje ( tak rehat pun ..kwang2 )

Tuesday, March 17, 2009

salam


cuti2 malaysia di kl..g ngan nd, chaya, yanti , kasim n elias (baru kenal )..best juga kan jalan ramai2 ni ...tapi penat ..byk tempat yg d lawat ..tapi tak semua...nanti sambung ya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...