Thursday, May 28, 2009

dapat award la plak ...bestnya


baru dua hari di edit ..dah dapat award..ekekkeke..thanks geng..

cuti-cuti...balik kampung ...


yang pasti balik kg kita enjoy!!!!!!...jumpa geng dragon aljundi ...terkenang aku di masa dulu di kolej chermai nogori sembilan ...

Hiduplah dengan cara yang mulia dan
tewaslah sebagai pahlawan agama
dan bangsa.Orang yang mempunyai
martabat yang paling tinggi adalah orang
yang memikirkan dan merasakan sesuatu
dengan sebaik-baiknya, serta dengan cara
yang paling sopan dan bertindak dengan
cara yang paling baik.

Apabila dalam kehidupan manusia mengeluh,
hampir pasti penyebabnya adalah kerana
mereka mengharapkan hal-hal yang mustahil
dalam kehidupan.Seluruh kehidupan kita tidak
lebih hanyalah laksana sebuah kamar yang
kita gambarkan cat air diatasnya dinding kapur
yang masih basah. Ia tidak akan kelihatan
selagi belum kering. Namun sesudah selesai
dan kering, ia nampak nyata dan cemerlang.

Wednesday, May 27, 2009

ari ni last exam ..:)


salam ukhuwah fillah
ari ni last exam budak2 ... so petang ni drg akan kemas2 barang utk balik kg ...gumbira tahap s..(:..esok ada gotong royong perdana kat sekolah ...pindah asrama ..dari aspuri ke aspura..aduh mesti penat kan ...tapi tidak apa la ...yang menurut perintah ..eheheh..

Tuesday, May 26, 2009

Antara penjelasan mengapa tiada jodoh



Antara penjelasan mengapa tiada jodoh
Dilulus terbit pada Monday, February 12 @ 18:55:52 MYT oleh Din-Cryptos

Pendapat Oleh emjay

"Assalamualaikum wbt sekelian muslimin

Setengah orang mendapat jodoh pada usia 16 tahun dan setengah yang lain hanya dapat jodoh pada usia 40an dan setengah mereka pula mati sebagai anak dara / teruna.

Adakah Allah mempunyai sifat pilih kasih dengan hanya memberikan jodoh kepada orang tertentu sahaja?? Persoalan seperti ini boleh merosak akidah seseorang.

Kalau merujuk surah Assyura ayat 30, setiap musibah dari Allah adalah kerana dosa manusia. Saya redha dan mengakui bahawa segala musibah yang menimpa saya selama ini adalah disebabkan kesilapan saya belaka.
Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan.

Ramai orang telah ditutup hatinya oleh syaitan dari mengenali / muhasabah kesilapan mereka. Bila mereka gagal mengenalpasti kesilapan ini, hiduplah mereka terus menerus tanpa rahmat Allah yang satu ini.

Antara dosa perempuan atau lelaki yang menyebabkan rahmat kahwin ditolak oleh Allah ialah:

1. Pernah berusaha melalui bomoh melalui mandi bunga, memakai susuk dsb agar dicepatkan jodoh mereka. Dosa ini sangat besar kerana mensyirikkan Allah.

2. Mengamalkan ilmu sesat dari "ustaz" atau orang pandai yang sebenarnya seorang bomoh sesat seperti ilmu membaca mentera bila keluar rumah, ilmu kunci tubuh bagi wanita dsb. Ilmu ini mengundang pertolongan dari syaitan seperti mudah mesra dengan semua orang dsb tetapi orang ini tidak sedar akan janji iblis yang membantunya dan antara janji tersebut ialah orang ini akan dipastikan tidak kahwin sampai mati.

3. Berkata sombong seperti seorang rakan saya "aku kalau nak kahwin, aku petik aja jari, 10 orang datang nak kahwin dengan aku". Sombong adalah milik Allah sahaja (Al Mutakabbir) dan dilarang manusia mengamalkan sifat ini. Kita pastinya melayakkan pelbagai azab Allah sekiranya mengamalkan sifat sombong ini.

4. Terlalu memilih Mr Right / Ms Right dengan sewenang-wenang menolak pilihan yang ditentukan Allah. Kebanyakan orang yang tidak berkahwin ini sebenarnya pernah dilamar oleh seseorang tetapi terus menolak mentah-mentah tanpa merujuk kepada Allah seperti melalui sembahyang istikhorah atas alasan seperti tidak sama taraf dsb. Allah sudah menetapkan dalam Al Quran bahawa perempuan baik dijodohkan dengan lelaki baik dan sebaliknya. Kalau perempuan macam Erra Fazira, janganlah berangan untuk mendapat jodoh suami macam Nabi Muhamad.

5. Rosak akidah mereka dengan menolak hukum Allah seperti poligami, hudud dsbnya. Setengahnya sanggup bercakap seperti "aku sanggup jadi anak dara tua sampai mati dari menjadi isteri kedua". Membenci mana-mana hukum Allah sudah cukup melayakkan diri untuk menjadi Kafir. Dosa ini adalah dosa paling besar dalam Islam dan inilah antara punca azab musibah yang Allah turunkan seperti musibah tidak dapat jodoh.

6. Putus asa dan mengeluh. Mengeluh bukan ciri orang Islam. Terus menerus mengeluh akan terus menerus mengundang azab Allah. Putus asa seperti berkata "biarlah aku menjadi anak dara tua sampai mati" akan mengundang musibah yang berat dari Allah iaitu kekal tidak berkahwin. Allah membahasakan orang yang putus asa ini agar mencari tali untuk menggantung diri sampai mati (bunuh diri)

7. Banyak berbuat dosa mengundang pelbagai musibah dari Allah. Ada manusia yang malas sembahyang dan ada juga yang gemar berbuat maksiat pastinya mengundang azab musibah dari Allah. Apatah lagi kalau dosa berzina.

8.Tidak mahu mendalami ilmu agama juga adalah satu dosa kerana belajar agama adalah wajib untuk semua orang. Tidak melakukannya mengundang dosa yang kelak mengundang pelbagai musibah azab dari Allah.

Allah tidak pernah pilih kasih dengan memberikan jodoh hanya kepada sebahagian orang sahaja. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri. Kezaliman inilah yang mengundang musibah azab dari Allah dan tidak dapat jodoh adalah antara pelbagai musibah azab dari Allah SWT.

Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH.

sambutan hari guru di promenade...kk

sambutan hari guru 16 mei 2009

selamat hari guru ...GURU PEMANGKIN NEGARA BANGSA...semoga menjadi seorg guru yg berdedikasi dan berkerja kerana Allah ...cari la keredhan Allah bukan mencari keredhaan manusia..semoga kita dapat berkerja dengan bersungguh2 demi mendidikan anak bangsa menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat ...walaupun byk dugaan dan rintangan menghadapi karenah anak2 murid zaman sekrg ,,jangan jemu utk terus mencurahkan segala ilmu yg ada.....:)

pertandingan bola baling peringkat MSSD pada 17 april 2009



kejap bawa budak bola keranjang pas tu bawa budak bola baling plak ..gipang juga ...saje myibuk kan diri ..tapi as ni mmg urus pasukan bola baling pun ...pasukan basketball tu saje2 jak ,..tapi ok la tu kan ..kekekeke..budak2 ni main d politeknik..best juga ..walaupun tidak menang tapi ..bestla yg penting..:)

HKSBP kat labuan pada 27 mac 2009



bawa budak kat labuan ari tu ..baru nak letak selitkan kat blog ni ..saje nak kongsi kisah kat kawan2...as bawa budak g pertandingan bola keranjang ,.best juga jalan2 ni ..tapi penat gak ...apa yg paling best masa kat labuan ni ..budak2 dapat wakil zon SQL ( Sabah , labuan , sarawak ) di HKSBP peringkat kebangsaan ...cayooo'x2/..hope korang berjaya di cyberjaya nanti k...

"Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik dikalangan kamu kepada keluarganya dan akulah yang terbaik dikalangan kamu kepada keluargaku."
(HR. Al-Tirmizi)




"Sekiranya seorang wanita itu solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga kemaluanya dan mentaati suaminya, dia akan memasuki syurga dari mana pintunya yang dia suka".
(HR. Ibnu Hibban)

cuti2 malaysia


salam ..lama dah tak mencoret2 dalam blog ni ..kekdg tak ingat ada blog peribadi ni ..lucu ...ermm ari ni ada sikit kerajinan nan mencoret2 dalam blog ni ...next week cuti ..bestnya..balik kg ...rehatkan minda setelah berbulan2 berkeje ( tak rehat pun ..kwang2 )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...